LANCASTER (Ohio): Pihak berkuasa kini bingung memikirkan persoalan: mengapa ada ratusan seluar dalam - kebanyakannya milik wanita - dibiar bertaburan di sepanjang jalan bandar di tengah Ohio.
Pegawai polis tempatan, Gary Hummel, berkata seluar dalam itu ditemui dibuang di celah pokok dan pinggir bukit di beberapa lokasi sejak beberapa hari lalu.
“Sesetengah seluar dalam itu masih rapi berlipat seperti baru dibawa keluar dari kilang, manakala sebahagian lagi kelihatan sudah dipakai,” katanya.
Secara keseluruhan, kata Hummel, dianggarkan ada hampir 1,700 seluar dalam pelbagai warna dan corak ditemui di kawasan itu.
“Apabila dikumpulkan, ia memenuhi 10 beg sampah besar dan kami masih bingung kerana tidak tahu dari mana ia datang,” katanya. - AP
Artikel Metro
No comments:
Post a Comment
Hai.. Blogger , Lets Join My Blog For more Experience!!