Universiti Oxford Akhirnya Berjaya Bongkar Rahsia Malin Kundang
Selesai membaca bhg Senyum Pisang, aku segera ke halaman 42. Dlm byk2 artikel Mastika edisi November 2009, artikel pada halaman 42 inilah yg pertama sekali menggoda aku utk dibaca (disunting utk jadi lebih pendek dan sedap)...
TAHUKAH anda akan kisah Malin Kundang? Ia sebuah mitos yang terkenal di kalangan masyarakat Indonesia, khususnya di Sumatera Barat. Kisah Malin Kundang ini ada persamaan dengan cerita si Tanggang, yang akhirnya disumpah oleh ibunya menjadi batu. Bukti sumpahan terhadap Malin Kundang itu kini dapat dilihat di pantai Aia Manih, selatan Kota Padang, Sumatera Barat. Di situ anda boleh melihat batu-batu yang menyerupai seorang lelaki sedang bersujud serta tali, geladak kapal tong-tong bulat berselerakan.