Universiti Oxford Akhirnya Berjaya Bongkar Rahsia Malin Kundang
Selesai membaca bhg Senyum Pisang, aku segera ke halaman 42. Dlm byk2 artikel Mastika edisi November 2009, artikel pada halaman 42 inilah yg pertama sekali menggoda aku utk dibaca (disunting utk jadi lebih pendek dan sedap)...
TAHUKAH anda akan kisah Malin Kundang? Ia sebuah mitos yang terkenal di kalangan masyarakat Indonesia, khususnya di Sumatera Barat. Kisah Malin Kundang ini ada persamaan dengan cerita si Tanggang, yang akhirnya disumpah oleh ibunya menjadi batu. Bukti sumpahan terhadap Malin Kundang itu kini dapat dilihat di pantai Aia Manih, selatan Kota Padang, Sumatera Barat. Di situ anda boleh melihat batu-batu yang menyerupai seorang lelaki sedang bersujud serta tali, geladak kapal tong-tong bulat berselerakan.
Persoalannya, adakah batu itu benar-benar asli, atau ukiran semata-mata? Perkara inilah yang diperdebatkan oleh banyak pihak, termasuk universiti, para sejarawan, pengkaji budaya dan saintis. Antara mereka, termasuklah para pengkaji dari universiti yang paling terkenal di dunia, iaitu Universiti Oxford di England.
Lantas, pada awal tahun ini Universiti Oxford telah menghantar sekumpulan pakar dalam bidang sejarah, budaya, forensik serta biologi untuk membuat penyelidikan ke atas batu-batu yang dikatakan sebagai Malin Kundang dan kapalnya itu.
Penelitian itu telah dijalankan dengan begitu rapi dan cermat. Mereka terpaksa memecahkan bahagian kecil daripada batu-batu tersebut, lalu diambil cebisan di dalamnya. Cebisan utama yang dikaji adalah dari batu menyerupai lelaki sedang bersujud yang dikatakan Malin Kundang. Menurut laporan kajian yang dikeluarkan oleh Universiti Oxford, lima bahagian dalmaan batu tersebut telah diambil dan dibuat ujian DNA.
Mereka juga mengambil cebisan yang sama pada batu-batu menyerupai tong, tali, layar serta kapal tersebut untuk dilakukan ujian karbon dan forensik. Selepas membuat penyelidikan selama lapan bulan, akhirnya baru-baru ini universiti berkenaan mengeluarkan laporannya. Dan, laporan tersebut amat mengejutkan!
Setelah sekian lama cerita Malin Kundang itu dianggap sebagai dongeng, akhirnya Universiti Oxford mengesahkan bahawa, batu-batu tersebut adalah sah - Malin Kundang dan kapalnya! Ertinya, batu itu berasal daripada manusia!
Walaubagaimanapun para pengkaji itu tidak dapat membuktikan ia berlaku kerana sumpahan. Namun demikian mereka telah berjaya menemui bukti dan rahsia bagaimana batu tersebut telah terawet dengan begitu kukuh. Malah, kata para pengkaji universiti berkenaan, pengawetan itu telah dibuat menggunakan formula yang jauh lebih hebat berbanding yang digunakan kepada mumia di Mesir!
Rahsia Malin Kundang itu terbongkar setelah para pengkaji tersebut menemui sisa-sisa cairan di dalam beberapa buah tong tidak jauh dari Malin Kundang. Cairan apakah yang ditemui oleh pengkaji berkenaan?
Menurut laporan para pengkaji dari Universiti Oxford itu, apabila tong berkenaan diteliti lebih rapi, mereka menemui tulisan yang berbunyi... 'FOR: Malin' yang bererti 'Untuk Malin'.
Formalin inilah yang sekarang digunakan untuk mengawet mayat. Namun disebabkan harganya yang semakin murah, formalin sekarang digunakan pula untuk mengawet ikan, tauhu dan mi kuning. Kalau tak percaya pergilah ke pasar, pasti ikan kembung, selar, tenggiri dan bawalnya segar-segar belaka sebab telah diawetkan dengan formalin.
Huah huah huah...
Hampas! Makan batu aku hidup2... Patutlah pun artikel ini disiarkan tanpa nama penulis...
Dicoret olehI'M FASHIONABLY COOL: Oktober 2009:
YUK JOIN DAN MAINKAN POKER DAN DOMINO ONLINE BERSAMA ZOYA99.COM
ReplyDeleteDAPATKAN EXTRA BONUS SELAMA BERMAIN DISINI
* BONUS ROLINGAN
* BONUS REFERALL
DAN RASAKAN PELAYANAN CS YANG SANGAT BERPENGALAMAN HANYA DISINI
UNTUK INFO LEBIH JELAS, SILAHKAN HUBUNGIN CS KAMI ONLINE 24JAM!!
• Pin BBM D8B82A86
•Pin BBM 2BE5BC31
•Line : zoya_qq
•WA : +85515370075