FOLLOW Kawan V.I.P Five

Showing posts with label Agama Islam. Show all posts
Showing posts with label Agama Islam. Show all posts

Mata Dajjal Di Indonesia | Fiveprodesign





Kota Bandung di gemparkan dengan cahaya aneh berbentuk Objek seperti mata bercahaya merah muda berjaya di rakamkan.

Cahaya aneh berbentuk mata di langit Kota Bandung terakam kamera telefon bimbit warga Cibaduyut, Zahra, pada Rabu 27 Jun 2012. Cahaya itu membuat banyak orang kepelikan.

Dari gambar itu, terlihat cahaya itu berbentuk lingkaran. Di bahagian tengah, berwarna putih seperti awan. Warna kemerahan itu mengelilingi warna putih tersebut. 

Di atasnya, sebuah cahaya terang seolah membentuk sebuah garis. Di samping kanan dan kirinya lebih gelap dari garis tersebut. Belum diketahui pasti fenomena apa yang tertangkap kamera Zahra ini. 

Ayah Zahra, Herman Bahriar (55), Mengatakan cahaya aneh itu dirakam oleh anaknya sekitar pukul 15.00 WIB. 

"Zahra kemarin menagkap gambar awan tersebut sebanyak dua kali," kata Herman di Bandung, Jawa Barat, kamis 28 Jun 2012. 

Untungnya Manusia dari Jibrail | Fiveprodesign


‎''Menangis saya bila baca , meremang bulu roma :') Ya Allah SWT kau ampunilah dosa dosa walau sekecil dan sebesar mana pun ia'' Korang Baca jangan tak baca .

6 perkara Allah sembunyikan 

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara 
timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu 
Jibrail as memandang dirinya sendiri danberkata: 

'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.' 

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. 'Tidak' 

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun. 

KISAH BENAR Ku Derma RM5.00 | Fiveprodesign


Salam semua.. ni aku ada kisah benar yang terjadi dalam hidup aku.. Kisahnya bermula apabila aku nak g seremban ambik gf aku kat sana masa hari jumaat 20/Jan/2012 . masa nak on de way tu.. aku singgah la kat perhentian seremban. Tak tahan nak g toilet. Tetiba ada seorang anak gadis berumur lingkungan 15 tahun datang kepada aku minta derma. Di tangannya ada sebotol produk ubat. Oleh kerana aku tak tahan nak g toilet sangat aku ckap kat adik tu.. "Dik tunggu jap ye.." adik tu kecewa sangat2 sebab aku tak dapat bagi derma kat dia.

Lepas aku keluar toilet aku dah stand by RM5 kat pocket nak bagi kat adik tu. Aku terus jumpa kat adik tu. Aku pandang ada Vaucher RM10 kat tangan dia. Aku pun terus cakap " Dik abg derma ikhlas 5 ringgit je ye" Adik tu terus ckp " Terima kasih ye encik semoga dimurahkan rezeki" aku pun terus pergi dari situ dengan senyum.

Keesokkan harinya ialah ari terakhir aku bekerja sebelum cuti panjang. Aku pun dapat la angpau dari bos. Sebab aku ni bukannya target angpau dia nak bagi baper. Sebb aku dikira orang baru dalam office. Bila aku terima angpau rupa-rupa RM500 aku dapat. Wahh.. bersyukur sangat2.. Macam tak percaya. Aku target RM150 je dapat angpau. Memang rezeki..

Aku terus teringat kat derma RM5 yang aku derma tu. Aku rase insaf sangat-sangat.. sebb mase tue aku bukanya ada duit nak derma tap aku bagi jugak kat adik tue.

Moralnya : Rezeki tu datang dari ALLAH T.A yang lebih mengetahuinya. Bersyukur pada yang ada. Jangan riak n selalu ingat bahawa setiap pemberianya itu adalah Dugaan yang menguji kita.

Aku tahu Aku banyak Dosa.. 

Mengenal Dajjal Akhir Zaman |fiveprodesign



Mengenal Dajjal Akhir Zaman

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat..."


SOALAN: Saya kerap mendengar ceramah agama yang membicarakan alamat-alamat kiamat termasuk kemunculan Dajjal pada akhir zaman. Soalan saya ialah siapa Dajjal yang dikatakan itu? Bilakah kiamat akan berlaku. Bagaimana sifat-sifat Dajjal yang sebenar dan apa peranannya setelah dia muncul nanti dan adakah Dajjal itu menjadi sebahagian daripada akidah umat Islam yang wajib dipercayai. - KHAIRI, Kota Bharu, Kelantan.

Jawapan: Tarikh tepat kejadian hari kiamat tidak dapat ditentukan oleh sesiapa kerana ia termasuk dalam `ilm al-ghaib yang tersembunyi daripada manusia. Tiada siapa mampu mengusahakan ilmu ini, sekalipun dia seorang nabi atau rasul utusan Allah.

Namun tiada siapa pula yang menafikan bahawa kiamat hampir tiba waktunya. Baginda Rasulullah s.a.w. dalam hadis riwayat Jabir menyatakan: Jarak antara kiamat dan kebangkitanku, seperti antara jari telunjuk dan jari hantu. Maksudnya dekat dan tidak dipisahkan dengan kebangkitan mana-mana nabi lagi. (Hadis riwayat Bukhari dalam kitab al-Tafsir 8/530 Muslim dalam kitab al-Fitan, bilangan 2950).

Antara tanda-tanda besar kiamat ialah terbitnya matahari waktu pagi dari arah barat, munculnya Ya'juj dan Ma'juj, turun Nabi Isa a.s., keluar haiwan ganjil dari perut bumi, muncul Dajjal dan lain-lain. Kemunculan Dajjal dianggap antara tiga manusia yang ditunggu-tunggu sebelum kejadian kiamat, di samping Nabi Isa dan Imam Mahdi.

Kemunculan Imam Mahdi dan Dajjal perlu diteliti dengan tenang kerana sekian ramai individu yang mengaku dirinya Mahdi, bahkan tidak kurang juga individu yang didakwa sebagai Dajjal, kerana tabiatnya yang suka berdusta dan menipu.

Banyak hadis membicarakan kemunculan Dajjal sebagai salah satu antara tanda-tanda kiamat. Ada hadis yang disifatkan sebagai sahih dan ada yang tidak sahih, tetapi keseluruhannya boleh disimpulkan bahawa Dajjal bukan sesuatu yang dongeng atau tidak berasas. Kewujudan riwayat berhubung Dajjal daripada pelbagai sumber menunjukkan ia adalah suatu hakikat, bukan cerita dongeng.

Hadis yang paling sahih tentang kemunculan Dajjal ialah hadis riwayat Muslim yang menyatakan bahawa Nabi s.a.w. selalu memohon doa agar Allah melindunginya daripada fitnah Dajjal. Doa dalam bahasa Arab itu membawa maksud: Ya Allah! Aku berlindung kepadamu dari azab neraka jahanam, aku mohon berlindung kepadamu dari azab kubur, aku mohon berlindung kepadamu dari ujian hidup dan mati dan aku mohon berlindung kepadamu dari fitnah Dajjal.

Kami Dah Mencubanya.. Anda Bila lagi?

Berpandukan riwayat ini, Ibn Hazm al-Zahiri memutuskan, doa di atas wajib dibaca selepas membaca tasyahhud akhir. Sesiapa yang tidak membaca, maka tidak sah solatnya (al-Muhalla 3/277). Ini bermakna, sesiapa yang tidak membaca doa ini dalam tasyahhudnya, nescaya batal solatnya.

Tawwus Ibn Kaisan, seorang ulama khas terkemuka, menyuruh anaknya mengulangi solat apabila didapati anaknya tidak membaca doa itu. Justeru pentingnya doa agar dilindungi kita daripada fitnah Dajjal, maka seorang ulama besar, Abdul Rahman al-Muharibi menyarankan agar guru-guru kelas tadika mengajar doa itu kepada murid-murid mereka.

Al-Safarini juga menyatakan, orang berilmu perlu mengajar doa ini kepada anak-anak, isteri dan keluarganya, bahkan kaum lelaki juga hendaklah membaca, kerana akhir-akhir ini ramai Dajjal yang suka menipu dan menyebarkan fitnah. Tetapi siapakah Dajjal itu?

Tiada kata putus menyatakan Dajjal itu siapa. Mungkinkah ia makhluk jin atau manusia, atau bukan jin dan bukan manusia? Saya perturunkan di sini beberapa riwayat dan pendapat yang menyatakan individu itu. Antaranya:

1. Dajjal ialah syaitan dari keturunan iblis. Ia kini dipenjarakan di sebuah pulau di negeri Yemen. Tidak diketahui siapakah memenjarakannya, mungkin Nabi Sulaiman atau lain-lain nabi pada suatu ketika dahulu.

Diriwayatkan, mata rantai yang mengikat Dajjal ini terputus satu mata pada setiap tahun. Apabila tiba waktu kemunculannya, semua mata rantai itupun terungkai dan tidak dapat disambung lagi. Sumber-sumber lain pula menyatakan, Dajjal adalah anak kacukan yang dilahirkan daripada ibunya jin dan bapanya manusia.

Sebagai kesimpulan, Dajjal ialah syaitan yang akan lahir pada akhir zaman. Syaitan Dajjal ini mungkin keturunan jin atau manusia, bahkan mungkin makhluk kacukan antara jin dan manusia. Pada suatu hari nanti, ia akan dibebaskan daripada penjara dan tiba-tiba muncul di kalangan manusia.

Pendapat ini diperkukuhkan juga dengan suatu peristiwa yang berlaku kepada Tamim Ibn Aus al-Dari yang menceritakan tentang peristiwa al-Masih al-Dajjal, katanya:

Pada suatu hari, aku menaiki sebuah sampan bersama 30 orang penumpang lelaki dari suku Lakham dan Juzam, tiba-tiba kami dipukul ribut, lalu hanyut dan memaksa kami mendarat di sebuah pulau pada waktu matahari hampir terbenam. Kami menemui suatu lembaga berbulu tebal sehingga tidak dapat dibezakan antara kemaluan hadapan dan belakangnya. Kami bertanya kepada lembaga itu: Siapa kamu? Jawabnya: saya ialah al-Jassasah.

Kami kebingungan dengan jawapan itu, lalu kami bertanya lagi: Siapa al-Jassasah itu? jawabnya: Jika kamu semua ingin tahu ceritanya, pergilah berjumpa seorang lelaki yang tinggal di sebuah pondok kecil di pulau ini. Lalu kami dengan segera menemui lelaki itu, kami dapati ia seorang manusia yang besar badannya, tangannya sedang dipasung ke lehernya. Pengulas-pengulas hadis menyatakan, kemungkinan lelaki ini ialah Dajjal yang dikatakan sedang dipenjara di sebuah pulau di Yemen.

Kami Dah Mencubanya.. Anda Bila lagi?

Saya berpendapat, setakat ini belum kedengaran penjara ini ditemui manusia, walaupun pulau-pulau yang ada hari ini telahpun diterokai manusia dan dijadikan pusat-pusat peranginan bagi pelancong luar dan dalam negara. Kiranya benar wujud lelaki yang dipenjara itu, nescaya pasti ada orang yang mengetahuinya.

2. Ada pula riwayat menyatakan Dajjal itu ialah Saf Ibn Sayyad. Beliau dilahirkan di Madinah pada zaman awal Islam, ibu dan bapanya keturunan Yahudi. Beliau memiliki sifat-sifat yang disebut dalam hadis iaitu sebelah matanya buta, pendusta dan tertulis perkataan kafir di antara dua matanya.

Hadis riwayat Muslim menyatakan, pada suatu hari nabi bersama-sama Umar Ibn al-Khattab berjalan-jalan di pinggir Madinah, tiba-tiba mereka ternampak seorang budak remaja sedang bermain dengan kanak-kanak dalam sebuah bangunan kepunyaan Bani Maghalah. Kedatangan Rasulullah tidak disedari oleh budak itu hingga baginda menepuk belakangnya dan bertanya: Setujukah kamu mempercayai aku ialah Rasulullah. Jawabnya: Aku setuju menyaksi bahawa kamu rasul orang ummi (buta huruf), ia kemudian bertanya nabi: Kamu pula bagaimana: Setujukah mempercayai aku sebagai Rasulullah? Lalu nabi menolak pertanyaannya sambil bersabda: Aku beriman kepada Allah dan rasul-Nya.

Kalangan sahabat Rasulullah s.a.w. ramai yang menyatakan Ibn Sayyad yang ditemui nabi itu ialah Dajjal besar. Antara mereka ialah Umar Ibn al-Khattab, Abdullah Ibn Umar, Ibn Mas'ud dan lain-lain.

Jika benar Saf Ibn Sayyad itu Dajjal agung yang bakal muncul pada akhir zaman atau sebelum kiamat, maka kemungkinan ia juga jin kerana Ibn Sayyad dilahirkan pada zaman awal Islam dan akan muncul pada akhir zaman. Umur sepanjang itu biasa wujud pada makhluk jin, tidak pada manusia.

3. Beberapa tahun yang lalu, saya pernah membaca sebuah buku tulisan Ustaz Amaluddin Darus. Beliau adalah seorang aktivis politik Islam dalam tahun 60-an. Beliau berpendapat Dajjal ialah kuasa-kuasa besar dunia, iaitu Rusia dan Amerika pada waktu itu. Tetapi sayang buku itu hilang daripada simpanan perpustakaan peribadi saya untuk dibaca semula hujah dan alasan yang diberinya.

Saya sangat berbahagia jika ada pembaca yang memiliki buku itu sudi mengirimkan kepada saya satu naskhah atau salinan fotostat untuk dikaji semula pemikiran yang bernilai emas itu. Perkongsian pembaca untuk mendapatkan buku itu amat dihargai.

Sesungguhnya pendapat Ustaz Amaluddin itu ada kebenaran dan nilai ilmiahnya, bahkan wajar dikutip penyelidik untuk dikaji semula. Saya berpendapat, jika Amaluddin berpendapat begitu, maka pemikiran beliau dapat diperkukuhkan lagi dengan alasan-alasan berikut:

Pertama: Dajjal yang dimaksudkan itu bukan individu tertentu, sama ada jin atau manusia atau makhluk kacukan antara jin dan manusia. Dajjal pemusnah manusia dalam bentuk kuasa ketenteraan atau disebut juga keganasan. Tetapi istilah keganasan ini telah dikelirukan oleh Dajjal sendiri, apabila pengganas menamakan orang lain sebagai pengganas bagi tujuan menyembunyikan dirinya yang merupakan pengganas sebenar.


Kami Dah Mencubanya.. Anda Bila lagi?

Kedua: Alamat Dajjal disebutkan dalam hadis sebagai buta sebelah mata. Maksudnya tidak dapat menilai sesuatu dengan adil dan saksama. Memangpun kuasa-kuasa besar di dunia hari ini disifatkan sebagai buta atau sengaja membutakan sebelah matanya, iaitu apabila mereka tidak dapat melihat dengan adil isu-isu Palestin, Kashmir dan lain-lain. Mereka mempunyai kayu pengukur yang berbagai-bagai apabila bercakap tentang hak-hak manusia. Mereka menindas sesiapa juga yang mereka benci dan membela sesiapa yang mereka suka. Sifat ini lebih sesuai dengan orang yang hanya mampu melihat dengan sebelah mata.

Ketiga: Makna yang diketengahkan oleh Ustaz Amaluddin itu lebih merupakan makna majazi (simbolik) bukan hakiki. Penggunaan makna secara simbolik tidak menyalahi kaedah bahasa, kerana makna hakiki yang diketengahkan itupun masih jauh dan banyak yang diperselisihkan. Ini sama juga dengan istilah Nabi Khidir yang dikatakan wali dan masih hidup hingga kini. Apakah Khidir itu individu tertentu atau ia merupakan simbol bagi martabat wali yang silih berganti? Kedua-duanya ada dalil dan ada hujah masing-masing.



Kredit Untuk Artikel : http://www.al-azim.com/
Mengenal Dajjal Akhir Zaman

Jenis-Jenis Tarannum Di Malaysia



Sejak bulan ramadhan ni, aku selalu layan Akademi Al-Quran 4 siaran ulangan pukul 6.00pagi kat TV9, Best pulak tengok pelajar-pelajar yang baca Al-Quran menggunakan pelbagai Tarannum yang aku sendiri pun tak tahu.. sebenarnya Tarannum pelbagai jenis.. so aku research la kat google..






Jenis-Jenis Tarannum

Berikut merupakan jenis-jenis Maqam (di Malaysia=disebut Tarannum) berdasarkan keluarga/ induk dan pecahan-pecahannya.

Ajam – Ajam (عجم), Jiharkah (جهاركاه), Shawq Afza ( شوق افزا atau شوق أفزا)
Sikah – Bastanikar (بسته نكار), Huzam (هزام), Iraq (عراق), Mustaar (مستعار), Rahat El Arwah (راحة الارواح atau راحة الأرواح), Sikah (سيكاه), Sikah Baladi (سيكاه بلدي)
Bayati – Bayatayn (بیاتین), Bayati (بياتي), Bayati Shuri (بياتي شوري), Husseini (حسيني), Nahfat (نهفت), Nawa
Nahawand – Farahfaza (فرحفزا), Nahawand (نهاوند), Nahawand Murassah (نهاوند مرصّع or نهاوند مرصع), Ushaq Masri (عشاق مصري)
Rast – Mahur (ماهور), Nairuz (نوروز), Rast (راست), Suznak (سوزناك), Yakah (يكاه)
Hijaz – Hijaz (حجاز), Hijaz Kar (حجاز كار), Shadd Araban (شد عربان), Shahnaz (شهناز or شاهناز), Suzidil (سوزدل), Zanjaran (زنجران)
Saba – Saba (صبا), Saba Zamzam (صبا زمزم)
Kurd – Kurd (كرد), Hijaz Kar Kurd (حجاز كار كرد)
Nawa Athar – Athar Kurd (أثر كرد), Nawa Athar (نوى أثر or نوى اثر), Nikriz (نكريز)


Maqam/ Tarannum yang biasa di Malaysia ialah:
1-Bayati
2-Sobah
3-Sikah
4-Rast
5-Nahawand
6-Jiharkah
7-Hijaz

Info lebih lanjut di http://attarannum.wordpress.com

Solat-solat Sunat Yang MESTI Tahu!!~ |Fiveprodesign

http://www.tayibah.com

SOLAT-SOLAT SUNAT

SOLAT SUNAT AWWABIN
SOLAT SUNAT RAWATIB
SOLAT SUNAT HAJAT
SOLAT SUNAT ISTIKHARAH
SOLAT SUNAT TAHAJJUD
SOLAT SUNAT DHUHA
SOLAT SUNAT TASBIH
SOLAT SUNAT WITIR
SOLAT SUNAT ISTISQA'
SOLAT SUNAT TAUBAT




SOLAT SUNAT AWWABIN

Bagi memelihara keteguhan iman dan menghapuskan dosa, adalah digalakkan melakukan solat sunat Awwabin/Hizful Iman sebanyak 4 rakaat (2 salam) atau 6 rakaat ( 3 salam). Dilakukan sebelum bercakap-cakap selepas fardhu Maghrib.


Fadhilat Solat Awwabin

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ صَلَّى بَعْدَ الْمَغْرِبِ سِتَّ رَكَعَاتٍ لَمْ يَتَكَلَّمْ فِيمَا بَيْنَهُنَّ بِسُوءٍ عُدِلْنَ لَهُ بِعِبَادَةِ ثِنْتَيْ عَشْرَةَ سَنَةً

Dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW telah bersabda ; "Sesiapa yang bersembahyang enam rakaat sesudah Maghrib tiada diselang antaranya dengan sesuatu bicara nescaya samalah pahalanya dengan ibadat dua belas tahun.'Riwayat Ibnu Majah, Ibn Khuzaimah dan At-Turmuzi.

Sebelum mendirikan solat, sunat membaca doa berikut ;


Manusia Di Padang Masyar | fiveprodesign

GAMBARAN MANUSIA YANG BERDOSA DI PADANG MASYAR......

BERWAJAH KERA
Suka menabur fitnah sesama manusia

BERWAJAH KHINZIR (babi)
Suka memberi & menerima rasuah

BUTA KEDUA BELAH MATA
Hakim yang zalim ketika menjatuhi hukuman

PEKAK DAN BISU
Suka menunjuk-nunjuk amal ibadat & kebajikan yang dilakukan kepada orang lain.

TUBUH YANG MENGALIR NANAH & DARAH YANG AMAT BUSUK
SERTA MENIKAM LIDAHNYA
BERULANG KALI
Golongan yang berilmu & mengajar orang lain tetapi perbuatannya sendiri tidak sama dengan apa yang dikatakannya.

BADANNYA LUKA SEPERTI DIHIRIS
Menjadi saksi tetapi berbohong terhadap kebenaran

BERJALAN TERHOYONG-HAYANG SEPERTI CACAT
Orang yang kedekut membelanjakan sedikit hartanya untuk kebajikan

BERJALAN SEPERTI MABUK
 Orang yang suka bercerita hal-hal dunia didalam masjid

RUPA BADANNYA SEPERTI KHINZIR
Suka makan riba - orang yang digelar along @ ceti

TIDAK BERTANGAN & TIDAK BERKAKI
Suka menyakiti @ menyusahkan jiran sekeliling

WAJAH & BADANNYA SEAKAN KHINZIR
Suka mempermudahkan solat & lalai dalam solatnya hingga sering terlupa rukun

PERUTNYA DIPENUHI ULAR & KALAJENGKING YANG SERING
MENYENGAT-NYENGAT
Tidak mahu mengeluarkan zakat terhadap dirinya, pendapatannya, terhadap perniagaan & lain-lain zakat

BADANNYA SANGAT BUSUK SEPERTI BAU BANGKAI
Melakukan maksiat secara sembunyi-sembunyi

TIDAK BERLIDAH & DARAH YANG BUSUK MENGALIR DARI
MULUT
Malas dan jarang mengucap dua kalimah syahadah

BERJALAN KAKI KEATAS & KEPALA KEBAWAH, DARAH DAN
NANAH SENTIASA MENGALIR
DARI KEMALUAN
Suka melakukan zina

MUKA HITAM & PERUTNYA DIPENUHI API
Suka makan harta anak yatim

KULIT DIPENUHI SOPAK & KUDIS
Orang yang menderhaka kepada kedua orang tuanya

GIGINYA SEPERTI TANDUK LEMBU LIDAH TERJELIR HINGGA
KEPERUT, NAJIS & AIR KENCINGNYA SENTIASA MENGALIR KELUAR DARI KEMALUAN
Orang yang suka minum arak @ segala jenis benda yangmenghayalkan 
seperti dadah dan lain-lain.
Waallahua'lam...

Asal Usul Solat | fivepro design

ASAL USUL SOLAT
SUBUH:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.
Rakaat pertama:- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua:- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.

ZOHOR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s.,iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.

Rakaat pertama:- Bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua:- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga:- Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.
Rakaat keempat:- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:
Rakaat pertama:- Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua:- Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga:- Kelam dengan malam.
Rakaat keempat:- Kelam dengan perut ikan Nun.

MAGHRIB:Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:
Rakaat pertama:- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua:- Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga:- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.

ISYAK:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir.Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
Rakaat pertama:- Dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua:- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga:- Dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat:- Dukacita terhadap anak Firaun.



7 Kesalahan ketika SOLAT FARDHU

Kesalahan 1:
Membaca Surah Al-Fatihah cepat tanpa berhenti selepas setiap ayat.


Nabi Muhammad (SAW)  berhenti sejenak selepas setiap ayat dari surat ini. 
(Abu Daud)

Kesalahan 2: 
Merapatkan lengan (siku) ke arah badan/lantai seperti menguncup ketika rukuk atau sujud dan merapatkan peha ke perut ketika sujud.

Rasul Allah (SAW) berkata: "Janganlah salah satu dari anda menyokong dirinya pada lengan (dalam sujud) seperti anjing. Biarkan dia berehat di telapak tangannya dan terus sikunya menjauh dari tubuhnya "(Sahih Muslim) .. Rasul Allah (SAW) yang digunakan untuk menjaga lengannya menjauh dari tubuhnya selama rukuk dan sujud bahawa putih dari ketiaknya boleh dilihat (Sahih Muslim).

Kesalahan 3: 
Memandang ke atas ketika solat.


Hal ini boleh menyebabkan kehilangan konsentrasi. Kita diperintahkan untuk menurunkan pandangan kita, dan melihat titik di mana kepala bersandar selama sujud. Nabi (SAW) memberi amaran: "Biarlah orang-orang yang mengangkat pandangan mereka sampai selama doa berhenti melakukannya, atau pun pemandangan mereka tidak akan kembali kepada mereka. yakni kehilangan penglihatan mereka "(HR Muslim).




Kesalahan 4: 
Ketika sujud mereka hanya menyentuh hujung kepala di lantai.




Nabi (SAW) berkata: ". Aku diperintahkan untuk sujud pada tujuh tulang dahi dan hidung, dua tangan [telapak tangan], dua lutut, dan dua kaki" (Sahih Muslim) Menerapkan perintah di atasmenghendaki berehat dahi dan hidung di tanah selama sujud. 

Kesalahan 5: 
Tidak berhenti seketika ketika rukuk, berdiri, sujud, duduk diantara dua sujud.




Rasul Allah (SAW) melihat seorang lelaki yang tidakmenyelesaikan rukuk Nya '[membongkok], dan membuat sujud  [sujud] sangat pendek, ia (SAW) berkata: "Jika orang inimeninggal dunia sewaktu berdoa dengan cara ini, ia akan matimenegakkan agama selain agama Muhammad "kata AbuHurairah (RA).:
"Teman saya tercinta, Muhammad (SAW) melarang saya untuk melakukan postur doa menyalin mengambil dari ayam; (cepat prestasi yang menandakan doa), bergerak di sekitar mata seperti rubah dan monyet seperti duduk (iaitu untuk duduk di paha)."(Imam Ahmad & at-Tayalisi) Rasul Allah (SAW) berkata:" pencuri terburuk adalah orang yang mencuri dari doa-Nya sendiri"Orang-orang bertanya, 'Rasulullah saw.! Bagaimana mungkin satu mencuri dari doa-Nya sendiri "Dia (SAW) berkata:" Dengantidak menyelesaikan rukuk syarikat? Dan sujud. "(Pada Tabrani &al-Hakim).
Untuk melengkapi rukuk adalah untuk tinggal di kedudukan yang cukup lama untuk membaca' Subhana rabbiyal Adtheem 'tiga kali, perlahan-lahan, dan' tiga Subhana rabbiyal-A'ala 'kali, perlahan,dalam sujud. Dia (SAW) juga mengumumkan: "Dia yang tidak lengkap rukuk Nya 'dan sujud, doanya tidak berlaku." (Abu Daud &lain-lain)


Kesalahan 6: Menghitung tasbiih dengan tangan kiri




Nabi (SAW) yang digunakan untuk mengira tasbiih pada jari-jaritangan kanannya selepas salah. Ibnu Qudamah (RA) berkata:"Rasulullah (SAW) menggunakan tangan kanannya untuk tasbiih."(Abu Daud). Hadis di atas menunjukkan dengan jelas bahawa Nabi (SAW) digunakan hanya satu tangan untuk mengira tasbiih.Tidak ada Muslim yang berakal sihat akan membayangkan bahawa Nabi (SAW) menggunakan tangan kiri untuk mengira tasbiih. Aisyah (RA) mengatakan bahawa Nabi (SAW)menggunakan tangan kiri hanya untuk istinja ', atau membersihkandiri setelah menanggapi panggilan alam. Dia tidak pernah digunakan untuk tasbiih. Yasirah (RA) melaporkan: Nabi (SAW)memerintahkan perempuan untuk mengira tasbiih pada jari-jarimereka.

Rasul Allah (SAW) berkata: "Mereka (jari-jari) akan dibuat untuk bercakap, dan akan dipersoalkan (pada hari kiamat.)"(At-Tirmidzi). Hadis di atas menunjukkan bahawa lebih disukai untuk mengira tasbiih pada jari-jari tangan kanan daripada melakukannya pada masbahah (tasbih).


Kesalahan 7: 
Melintas di depan orang yang berdoa.




Rasul Allah (SAW) memberi amaran: "Adakah orang-orang yang melintasi di hadapan orang yang berdoa untuk mengetahui konsekuensi untuk melakukannya, dia akan menunggu selama empat puluh * lebih baik daripada menyeberang di depannya."(Sahih Bukhari dan Muslim). * Empat puluh dalam tradisi mungkinhari bulan atau bahkan bertahun-tahun. Allah tahu yang terbaik.
Kesalahan umum dalam Doa yang harus dielakkan - Sila informasikan yang anda dekat dan sayang untuk mengurus di atas.

Thanks To:
Anuar Dot Com - News, Candid, Picture, Funny And Video: November 2008

iklan

Mari buat duit dengan cara mudah..Pasti berbaloi!!~
Advertise my site free UseAds.com! Add & submit url & exchange text links + increase traffic & improve page rank!

Advertising my web site free online UseAds.com - Add & submit url & exchange text links + increase traffic & promotion marketing website

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FaceBook Komen