Salam semua.. ni aku ada kisah benar yang terjadi dalam hidup aku.. Kisahnya bermula apabila aku nak g seremban ambik gf aku kat sana masa hari jumaat 20/Jan/2012 . masa nak on de way tu.. aku singgah la kat perhentian seremban. Tak tahan nak g toilet. Tetiba ada seorang anak gadis berumur lingkungan 15 tahun datang kepada aku minta derma. Di tangannya ada sebotol produk ubat. Oleh kerana aku tak tahan nak g toilet sangat aku ckap kat adik tu.. "Dik tunggu jap ye.." adik tu kecewa sangat2 sebab aku tak dapat bagi derma kat dia.
Lepas aku keluar toilet aku dah stand by RM5 kat pocket nak bagi kat adik tu. Aku terus jumpa kat adik tu. Aku pandang ada Vaucher RM10 kat tangan dia. Aku pun terus cakap " Dik abg derma ikhlas 5 ringgit je ye" Adik tu terus ckp " Terima kasih ye encik semoga dimurahkan rezeki" aku pun terus pergi dari situ dengan senyum.
Keesokkan harinya ialah ari terakhir aku bekerja sebelum cuti panjang. Aku pun dapat la angpau dari bos. Sebab aku ni bukannya target angpau dia nak bagi baper. Sebb aku dikira orang baru dalam office. Bila aku terima angpau rupa-rupa RM500 aku dapat. Wahh.. bersyukur sangat2.. Macam tak percaya. Aku target RM150 je dapat angpau. Memang rezeki..
Aku terus teringat kat derma RM5 yang aku derma tu. Aku rase insaf sangat-sangat.. sebb mase tue aku bukanya ada duit nak derma tap aku bagi jugak kat adik tue.
Moralnya : Rezeki tu datang dari ALLAH T.A yang lebih mengetahuinya. Bersyukur pada yang ada. Jangan riak n selalu ingat bahawa setiap pemberianya itu adalah Dugaan yang menguji kita.
Aku tahu Aku banyak Dosa..
No comments:
Post a Comment
Hai.. Blogger , Lets Join My Blog For more Experience!!