FOLLOW Kawan V.I.P Five

Apa Itu SETIA? | Fiveprodesign

Salam...


Mula-mula aku nak bagi tahu apa maksud setia bagi aku..
Setia bagi aku bermaksud tidak ada perasaan dengan orang lain selain dengan orang yang kita sayang. Tiada niat untuk memberi peluang kepada orang lain untuk menyukai kita.


Setia mestilah ikhlas, setia itu tidak perlu mengharapkan balasan. 


 Setia tidak memerlukan paksaan.. setia datang dari hati untuk kita tidak curang terhadap pasangan kita. kenapa kita perlu curang.. kenapa perlu ada tidak setia. kenapa perlu ada orang yang tidak setia? Terlalu banyak persoalan...




Ape pendapat korang tentang setia??
Korang beri comment korang kat sini... share pendapat...

Tolong! Awek Aku Pontianak | FiveProDesign

Salam.. hai kengkawan.. aku nak citer sikit pasal aku g tengk wayang dengan gf aku..
Aku dah booking movie Tolong! Awek Aku Pontianak awal  hari rabu aku dah booking nak tgk hari sabtu kat alamanda (9-7-11), 



Cerita ni mmg kelakar sebb tak memening kan kepala nak tgk.. memandangkan aku ni penakot sikit aku suka la tgk citer ni.. sebb aku tgk hantu aku gelak.. hehehe..


babak yg kelakar bila BBF Bob cakap penuh romantik macm couple.. haha tak boleh blah.. macm nak terajang jer.. 


lagi satu aku tergelak nak pengsan bila sekumpulan mat rempit terus masuk trak polis... sebb takot dengan hantu.. arghh kelakar gilerrr.. ..




citer ni boleh la tgk.. boleh hilangkan tension kat kepale ni..


ape pun nak comment tentang pontianak yang terbang2 tue.. tak real sangat.. tapi boleh la.. sebb bukan senang nak terbangkan orang yang tak der sayap.. haha




oklah syabas wat pengarah n kru n pelakon yang kelakar... heheh


p/s : Tak takot hantu lepas tgk citer ni.. sebb hantu kelakarr... 


Selamat menonton!!~~

Tan Sri Mokhtar al-Bukhary Dermawan Jutawan | fiveprodesign



Tan Sri Mokhtar al-Bukhary : Jutawan yang Dermawan





Alhamdulillah, baru-baru ini penulis telah diberikan kesempatan untuk memberikan pembentangan berkaitan Sahsiah & Etika Usahawan di Concorde, Shah Alam.






Dalam pembentangan kepada 30 usahawan yang hadir, penulis memberikan contoh jutawan Bumiputera yang bernama Tan Sri Mokhtar al-Bukhary. Sedikit perkongsian tentang beliau adalah seperti berikut:






1) Kehidupan beliau pada awalnya sangat susah sehinggakan ingin belajar tidak punyai meja dan kerusi. Hanya bertemankan lilin ataupun pelita di rumahnya.






2) Ujian melanda keluarganya apabila perniagaan lembu dan kambing ayahnya mati semuanya akibat penyakit mulut dan kuku. Akhirnya, Mokhtar berniaga mengambil daging terpakai dibandar dan di bungkus semula dijual kepada penduduk kampung.






3) Pernah kerugian USD 2 billion, gara-gara kemelesatan ekonomi pada tahun 1997. Selain itu, beliau juga termasuk menjual kapal buatan Jerman yang dibelinya untuk perdagangan beras yang berharga USD 1 juta dengan harga USD 600 ribu akibat kegawatan ekonomi.






4) Pada awalnya, beliau menerima 4 permit untuk membeli lori kelas A daripada MARA, namun hanya berkemampuan membeli 2 lori sahaja. Selepas itu, seorang Cina mahu membeli 2 permit lagi tetapi ditolak oleh beliau kerana beranggap permit ini adalah amanah yang akan digunakan pada masa akan datang. Syarikat Kenderaan Sentosa masih wujud hingga ke hari ini dengan punyai 40 buah lori.






5) Beliau sangat orang merendah diri. Ini terbukti melalui prinsipnya bahawa wang yang kita ada punyai hak untuk orang lain. Sehingga kini, Yayasa AL-Bukhary telah membantu 150,000 pelajar pintar seluruh negara dengan kelas tambahan yang percuma.






6) Beliau tidak memikirkan tentang jawatan, pangkat dan gelaran. Sehinggakan beliau melu digelar sebagai seorang jutawan sedang ramai lagi orang cina yang lebih kaya daripadanya.






7) Sifat rendah diri dan berkebajikan yang ada pada beliau menyebaban beliau disenangi ramai. Ada yang memberi tohmahan kepada beliau kerana membeli syarikat itu dan ini untuk kepentingan peribadi, namun beliau menafikan dengan mengatakan bahawa mengambilalihan sesebuah syarikat adalah untuk kebaikan pekerja khususnya bumiputera selain mengelak daripada bangsa lain ambilalih syarikat.






8) Sehingga kini beliau merupakan insan ke-8 terkaya di Malaysia dengan kekayaan USD 2.8 billion berdasarkan Forbes.com pada tahun 2011. Kini, seramai 360,000 pekerja berada dibawah jagaannya.






Inilah kesempatan yang sempat penulis nukilkan untuk pembaca yang dihormati sekalian. Mudah-mudahan semakin ramai anak bangsa kita menjadi seperti beliau kelak. Mokhtar al-Bukhary telah berjaya, anda bila lagi?




Artikel oleh Norazali Zainuddin

iklan

Mari buat duit dengan cara mudah..Pasti berbaloi!!~
Advertise my site free UseAds.com! Add & submit url & exchange text links + increase traffic & improve page rank!

Advertising my web site free online UseAds.com - Add & submit url & exchange text links + increase traffic & promotion marketing website

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FaceBook Komen