FOLLOW Kawan V.I.P Five

15 Punca Pudar Kasih Sayang Lelaki | fiveprodesign



15 Punca Pudar Kasih Sayang Lelaki



Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram sebarkan senyuman.


Dalam sibuk study sebelum menempuh exam tidak lama lagi, saya sempat mendengar rakaman ceramah motivasi oleh Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah bertajuk Menempuh Gerbang Perkahwinan buat ke sekian kalinya. selalu dah mengulang dengar.


Biarlah kali ini saya kongsikan apa yang saya dapat daripada ceramah motivasi tersebut. antara isi menarik adalah 15 punca pudar kasih sayang lelaki terhadap pasangan. ceramah ini sangat sesuai untuk mereka yang sedang dalam perancangan mendirikan rumahtangga. walaupun begitu, tidak bermakna sesiapa yang telah berkahwin boleh mengabaikan perkara ini.

Mungkin perkara ini nampak remeh bagi sesetengah orang. namun, tanpa sedar ia boleh menghakis perasaan sayang pasangan dan boleh mendatangkan benci jika tidak diambil perhatian.



15 peribadi perempuan yang menjadi punca pudar sayang lelaki terhadapnya :

1. Perempuan itu comot.


Orang lelaki cukup tidak senang apabila isteri atau pasangan dalam keadaan comot. kalau comot time buat keje sekejap tu okey la, boleh dimaafkan. tapi kalau dah sepanjang masa comot? err..


2. Perempuan yang cerewet.


Pandangan peribadi saya, tiada masalah jika seorang perempuan itu bersikap cerewet. namun, jika terlampau cerewet, itu boleh mengundang tension kepada si lelaki. buat itu tak kena, ini tak kena. adeh!


Panaskan badan sebelem pergi kerja ,Dance Dance (Warm Up)


HEeheh.. percaya atau tidak... pagi ni boleh join tgk video dance n ikot menari.... sebelum pergi keje.. :)

Suami cemburu upah samseng belasah peniaga| fiveprodesign

Salam.. wah ni aku ade baca kat metro, cemburu betol la si suami....


Suami cemburu upah samseng belasah peniaga



DI SINI...Mohammad menunjukkan longkang tempat dia ditinggalkan selepas dibelasah.

KAJANG: Akibat cemburu buta, seorang peniaga menerima lapan jahitan di kepala selain lebam dan bengkak di seluruh badan selepas dibelasah lebih 20 lelaki di gerai makan miliknya sebelum ditinggalkan dalam longkang beberapa meter dari tempat kejadian di Taman Kajang Mewah, di sini, Ahad minggu lalu.

Dalam kejadian jam 10 malam itu, Mohammad Hanapiah, 49, sedang berniaga bersama anak lelakinya berusia 24 tahun sebelum didatangi kumpulan suspek terbabit.


Mohammad ketika ditemui semalam berkata, dia tidak menyangka kumpulan lelaki berlagak seperti pelanggan itu tiba-tiba bangun dan mengejarnya selepas menerima isyarat tertentu sebelum membelasahnya.



“Ada antara penyerang itu membawa parang serta kapak dan menetak kepala saya tanpa belas kasihan walaupun sudah tersungkur atas tanah.


“Lebih menyedihkan, mereka menengking dan menuduh saya meniduri isteri seorang daripada mereka di depan pelanggan dan orang ramai,” katanya.


Menurutnya, salah faham itu berlaku selepas dia yang juga pengerusi Pertubuhan Pengusaha Kios Melayu (PPKM) Hulu Langat cuba membantu isteri lelaki berkenaan mengenai hal perniagaan sebulan lalu.


Bagaimanapun, katanya, dia hanya menjalankan tanggungjawabnya sebagai pengerusi pertubuhan itu dan tidak menjalin hubungan sulit dengan wanita terbabit.


“Saya tidak faham mengapa dia menuduh saya menjalin hubungan sulit dengan isterinya sedangkan dia tahu kami hanya berhubung atas dasar perniagaan.



“Sedangkan berjumpa berdua dengan isterinya saya tidak pernah, inikan pula menjalin hubungan sulit,” katanya.


Menurutnya, dia pernah menemui suspek dan isterinya sebulan lalu bagi meleraikan salah faham itu dan menyangka masalah itu sudah selesai selepas saling bermaafan ketika itu.


Mohammad berkata, tindakan suspek menghantar samseng memukul dan memalukannya di khalayak ramai seperti itu keterlaluan.


“Kumpulan samseng itu bukan saja membelasah saya hingga separuh mati, malah turut melarikan wang hasil perniagaan saya RM1,600 serta dua telefon bimbit dan dompet saya,” katanya.


Sementara itu, isteri suspek dikenali sebagai Miza, 34, ketika dihubungi berkata, dia tidak pernah menjalin hubungan terlarang dengan mangsa.


“Hubungan antara kami hanya atas dasar pengerusi dan ahli pertubuhan, tidak lebih daripada itu. Mungkin berlaku salah faham antara suami saya dan mangsa, namun saya sangka semuanya selesai sebulan lalu,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan berkata, siasatan lanjut masih dijalankan.

http://www.hmetro.com.my

Tahukah anda BILA SYAITAN mengganggu anda? | Fiveprodesign

Salam sayang semua, tahu kah korang bila syaitan ni nak ganggu korang?.. sini aku ader info yg berguna untuk ingatan semua.... 

Bila Kita Senang?
Bila kita senang, syaitan senang nak hasut kita beli macam2 sampai duit habis. Kadang-kadang barang dah ada pun nak beli lagi. Otak kita pun mula la merepek nak beli yang bukan-bukan, kadang-kadang benda haram pun kita beli. Mula la nak g kelab malam la, langgan awek sana-sini.. ni suma kerja syaitan bagi sesatkan manusia. Bila kat Masjid bila ada duit tak de pun nak hulurkan sedekah sebab takut duit habis.

Bila Kita Susah?
Pelik kan.. bila susah pun syaitan nak kacau.. Contohnya bila kita tak ada duit, nak cari duit yang halal susah sangat. Macam-macam dugaan yang datang. Tapi bila nak mencuri tue memang senang. Lagi bila ada masalah tu, mesti kita akan cepat marah, tu yang kalau iman tak kuat boleh jadi pergaduhan, perbunuhan mahupun bunuh diri.

Bila Kita Sedih?
Masa kita sedih memang senang syaitan punya kerja. Syaitan ni akan menghasut kita buat yang tak elok, biar pemikiran kita tak tentu hala lagi. Nanti macam2 tindakkan yang kita lakukan hasil hasutan syaitan ni.

Bila Kita Gembira?
Gembira boleh menyebabkan kita lalai.. Itu la tujuan syaitan.. biar kita lupa tentang tanggungjawab kita kepada ALLAH T.A, Syaitan tidak akan berhenti menghasut manusia.

Tahukah anda, setiap saat kita akan digoda oleh syaitan, Oleh itu, pastu pastikan kita sentiasa beringat. 

Wasalam


iklan

Mari buat duit dengan cara mudah..Pasti berbaloi!!~
Advertise my site free UseAds.com! Add & submit url & exchange text links + increase traffic & improve page rank!

Advertising my web site free online UseAds.com - Add & submit url & exchange text links + increase traffic & promotion marketing website

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FaceBook Komen