Nak salah kan sape?.. perogol atau yang hendak di rogol... ape pun korang pikir la sendiri yer..
Mangsa bawa zakar perogol ke balai polis
2011/05/31
DHAKA: Seorang wanita Bangladesh berusia 40 tahun bertindak nekad memotong zakar seorang lelaki yang cuba merogolnya, sebelum membawa organ itu ke balai polis sebagai bukti semalam. Ketua polis daerah Jhalakathi, 200 kilometer ke selatan Dhaka, Abul Khaer, berkata wanita yang sudah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak itu diserang lelaki terbabit ketika tidur di pondoknya malam kelmarin.“Ketika lelaki itu cuba merogolnya, wanita itu bertindak memotong zakarnya dengan pisau. Dia kemudian membungkusnya dengan plastik dan membawa organ itu ke balai polis Jhalakathi sebagai bukti.
Wanita terbabit memfailkan kes mendakwa lelaki itu yang juga berusia 40 tahun dan bapa kepada lima anak, atas kesalahan cuba merogolnya.
Dia juga mendakwa bahawa lelaki itu sering mengganggunya sejak enam bulan lalu.
Kemaluan lelaki itu kini disimpan di balai polis terbabit, manakala suspek sedang menerima rawatan di hospital.
“Kami akan menahannya selepas dia pulih,” kata Khaer. – AFP
>>Kredit Artikel <<
No comments:
Post a Comment
Hai.. Blogger , Lets Join My Blog For more Experience!!